Home > Departments > Malay

Malay

Selamat Datang ke Jabatan Bahasa Melayu

Sekolah Rendah Fuchun

 

Visi

Pemimpin yang prihatin, Pelajar sepanjang hayat

Misi

Untuk memupuk kumpulan pelajar yang dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik melalui pembelajaran yang kreatif

 

Kegiatan

Peraduan Antara Kelas

Peraduan antara kelas dijalankan antara bulan April hingga Julai setiap tahun. Peraduan ini diadakan untuk memastikan murid-murid mendapat pengalaman yang terbaik semasa di alam sekolah rendah dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti penggunaan bahasa.    

 

Peraduan yang dijalankan adalah:

 

P1 – Peraduan Menyanyi
P2 – Peraduan Menggayakan Watak
P3 – Peraduan Membacakan Syair
P4 – Peraduan Menulis Pantun
P5 – Peraduan Dikir Barat
P6 – Peraduan Menulis dan Menyanyikan Lagu

 Pic1.JPG

    Pelajaran Menulis Pantun

 Pic2.JPG

Pelajaran membaca Syair

 Pic3.JPG

Pemenang P4



Aktiviti Dwi-Minggu Bahasa Melayu

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena dwi-minggu Bahasa Melayu.  Murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti tersebut untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kegiatan seharian. 

Pic4.JPG
Murid-murid mengikuti bengkel Dikir Barat

Pic5.JPG

Murid memilih buku yang mereka minati


Program Bacaan ‘Tiga M’

Tiga M bermaksud: Mengenal, Mengingat, Membaca

Program Bacaan ini khusus untuk murid-murid darjah satu yang belum mahir membaca Murid-murid menduduki 2 ujian diagnostik sebelum dikenalpasti untuk mengikuti program membaca ini.  Program ini diadakan selama setengah jam setiap hari.

Kaedah fonetik digunakan bagi memupuk kemahiran membaca.  Buku bacaan yang berperingkat pula memudahkan murid-murid membaca mengikut kebolehan masing-masing.

Keberkesanannya telah dapat dilihat melalui kemajuan murid-murid membaca serta kelakonan mereka dalam peperiksaan.